Tuesday, December 2, 2008

Kenduri!!!

haih bila pikir pasal kenduri mesti macam bley pikir kan..kan

tapi ini bukan kenduri kahwin bila si mak bapak pengantin sebok kecoh camne nak hias pelamin..

tapi ini pun bukan kenduri selamat untuk orang belajar abroad, bila budak yang nak pergi fly tuh malam nak kenduri la baru nak pack barang..

tapi bukan juga kenduri kesyukuran untuk orang yang baru bersalin, bila si bapanya x tentu arah nak makbulkan permintaan si isteri mengidam daging kambing..hehe

tapi ada jugak orang pikir nih mungkin kenduri yang orang kata "yang macam open house tuh ke??", ish lagila bukan xpenah pergi kenduri ke??

mungkin, mungkinla kenduri untuk orang berkhatan ke?? kenduri kesyukuran untuk orang da sunat!!

ye betol!!! (ish apelah susah sangat nak teka kenduri apa)
haha

Akhirnya, akhirnya betol jugak korunk teka..ngeh3








kenduri sunat ini diadakan di kampong Jenjarom, Banting, Kuala Langat, Selangor, Malaysia bagi mereka yang masih belom penah dengar nama kampong nih..hehe di rumah Wak Selamat, moga-moga selamat sejahtera ke anak cucunya ye, selamat menyunatkan 2 orang anak kecilnya yang bila di tanya..

"kenapa ko sunat abang??", aku bertanya..
"laa orang yang da sunat je boley kawen abah kata, sebab tuh sunat, nak kawen. hehe", berlagak je mukanya.

Bapanya suh aku tutup mulut jangan sampai bocor rahsia
Haih kesian budak2 nih
Kahwin ni banyak tanggungjawabnya, tapi ko baru darjah 5..cuba kira bape tahun lagi ko nak kawen..attoiaii

inilah budak2 zaman sekarang, fikirannya di racuni dengan perkataan kahwin atau lebih sesuai dikatakan di umpan oleh bapanya supaya anaknya x lari masa Tok Mudim sebok asah pisau potong hahaha!!

ada macam-macam yang kitorang tolong masak hari tuh kat rumah Wak selamat.. satu kampung turun tolong, hiperbola betol haha..

kitorang nak masak dalam talam, ada sambal goreng, tumis kangkung masak belacan, dan pelbagai lagi..

tapi ada satu resepi yang cek nak tunjuk kat ampa semua camna nak buat begedil, atau lebih dikenali sebagai bebola mash potato, bagi mereka yang susah nak paham hehe..


Langkah 1:


(kentang2 nih mesti digoreng dulu melembutkan isinya, senang nak tumbuk sampai penyek)



Langkah 2:

(kentang2 sudah pon dilenyekkan dan digumpal2 serta ditambahkan pelbagai initipati2 yang disyaratkan oleh Wak Selamat hehe)



Langkah 3:


(akhirnya mak cik akan berusaha menggumpalkan penyekan kentang tadi)
(mak cik2 lebih bergosip dari bekerja haha)


Langkah 4:

(gumpalan tadi sudah siap digumpalkan)
Perhatian: hanya yang pakar sahaja mampu melakukan aksi ini. Begedil yang mempunyai saiz, berat, kandungan lemak, bentuk yang sama. Perhati betol2 haha


Langkah 5:

alahai gambar lupa nak ambik.. Akhirnya begedil di salut dengan telur dan digoreng semula.. Vuala!! siapla begedil Wak Selamat hehe




inilah gambaran nasi dalam talam.

(uih sedap2, basuh tangan dulu k, jangan maen redah je)




tapi yang bestnya Wak Selamat nih, dia xlupa sedara mara..bila ahli2 qariah masjid semua da balik dia buat event special..

IKAN BAKAR!!!



hehe makan2 jangan x tapau

No comments: