Thursday, September 11, 2008

Akhirnya..

part 1..

buzz..buzz
..buzz..


telefon bimbitku vibrate..rupanya mesej dari si dia. Ada 3 mesej belum di baca. Jam tangan Casio ku menunjukkan baru pukul 8.30 pagi dan hari ini 13 September, aku ada temu janji dengannya di Midvalley. Hampir 3 bulan tak dapat bertemu dengannya kerana aku sering sibuk dengan esaimen dan kelab di universiti.. Hari ini aku bakal melepaskan segala kerinduan aku padanya, satu-satunya bunga di dalam hati. Aku bercadang membelikannya sebuah hadiah, hadiah yang amat bernilai untuk hubungan kami, bukti aku masih sayangkannya.. Kelmarin, aku singgah di sebuah kedai cenderamata dengan pelbagai barang perhiasan yang menarik perhatian, ingin saja aku membeli kesemuanya tapi aku hanya membawa duit yang mencukupi sahaja..Puas aku keliling seluruh kedai, tapi tiada yang melambangkan perasaan aku kepadanya. Tiba-tiba aku terlihat sebuah kristal yang berkilau di sinari lampu jauh di sudut kedai.. Ia sebuah Kristal berbentuk hati. Terdapat kad yang tertulis di situ. "Cinta dan kasih kita umpama bulan dan bintang , sentiasa bersama, begitu jua cinta dan kasihku padamu". Agak jiwang bila aku membaca kad itu tapi itu sahaja yang menarik perhatian dan ak terus ke kaunter pembayaran untuk membeli kristal itu. Mungkin aku tak perlu memberikannya kad itu kepadanya. Biar kristal itu meluahkan segala perasaan kau terhadap si dia. Aku teringat tahun lalu kami keluar bersama di Kuala Lumpur.. Si dia ternampak kristal berbentuk hati, ditenung kristal itu amat cantik pada pandangannya. Aku hanya tersengih, suatu hari nanti aku pasti akan hadiahkannya kristal seumpama itu..

Aku sudah tiba di KL Sentral, mengambil transit untuk ke stesen seterusnya ke Midvalley di platform 6.. Begitu ramai manusia menunggu ketibaan tren yang akan membawa kami semua ke destinasi masing-masing. Oh ak terlupa. Hari ini kan sabtu pasti ramai yang cuti, mengambil peluang untuk berseronok dan menghilangkan stress.. Begitu juga aku, menghilangkan beban esaimen yang tak pernah putus diberikan oleh pensyarah. Semua peringkat usia ada di situ, yang tua, muda, keseorangan begitu juga yang datang dengan teman-teman..Seperti biasa sekuriti di situ akan menjaga setiap platform, mengingatkan kami supaya tidak berdiri melebihi garisan kuning. Tidak lama kemudian terdengar pengumuman "tren ke seremban akan tiba di platform 6. Sila berikan laluan kepada penumpang untuk keluar dari tren terlebih dahulu sebelum memasukinya. terima kasih". aku menatap jam tangan casio aku, jam sudah menunjukkan pukul 1 tengahari. Aku berjanji akan bertemunya di ATM RHB bank yang terletak di aras bawah berhampiran dengan eskalator. di tangan aku, aku memegang erat hadiah yang akan aku berikan kepadanya dan cuba memikirkan ucapan yang sesuai untuk diungkap padanya setelah sekian lama tidak berjumpa. Aku akan meluahkan perasaan aku kepada si dia.. Setelah 3 tahun hubungan persahabatan kami terjalin, hati aku sudah terpaut padanya. Aku semakin sayang padanya. Sanggup melakukan apa sahaja untuknya, asalkan dia gembira. Aku suka akan senyumannya membuatkan hatiku tertawan dengan kenangan yang kami kongsi bersama.

buzz..buzz...buzz..

telefon bimbitku vibrate lagi. mesej darinya mengatakan kami akan bertemu di tempat lain, di MPH book store.. Aku meluru ke eskalator untuk ke aras atas..Aku tiba di MPH. Hatiku berdebar menanti kehadiran si dia.. sambil-sambil itu, aku meniliti novel-novel yang ada.. semuanya jiwang belaka. "Hijab sang pencinta, sandaran hati, kerana terluka, semuanya terletak dalam carta top 10 novel alaf 21", terdapat juga novel inggeris bertajuk 'tuesdays with morrie' karya Mitch Albom. tengah sibuk aku membelak halaman novel tersebut, si dia tiba dengan menepuk bahu aku..Aku terkejut dan menoleh ke belakang dengan hati yang berdebar-debar.. si dia datang dengan seorang pemuda yang agak tampan rupa parasnya dengan pakaian yang agak kasual berkasut kulit. Mempunyai ketinggian hampir sama denganku 5 kaki 6 inci.. berlainan dengan pakaianku yang agak trendy tapi simple dengan t-shirt kosong hitam, jeans topman, dan kasut onizuka tiger aku.. Aku tergamam... siapakah gerangannya pemuda ini? "Hai, saya iqram.", pemuda tersebut memulakan perbualan. Sungguh sopan pertuturannya. aku memberitahunya namaku..Si dia memotong perbualan kami dengan mengajak kami makan di McD depan panggung wayang..huhu aku pun lapar lagi, masih belum sarapan..


Hampir setengah jam kami menapak di McD. Iqram memberitahu dirinya hendak ke tandas sebentar.. tanganku menggeletar.. "Tak taula plak ko ada kawan baik selain aku", aku bertanya. Si dia hanya tersenyum dan sengih. "Haih, ko jangan nak buat statement sendiri ye. Nanti ko taulah sape mamat th", si dia membetulkan kenyataan aku.. kata-katanya membuatkan aku lagi tergamam. "Melepaslah aku. da ada orang approach dia dulu..", aku berkata sendirian. Iqram kembali dari tandas. air muka aku berubah.Iqram kelihatan pelik. tapi aku biarkan sahaja muka aku begitu.. Si dia bergurau senda dengan Iqram membuatkan aku cemburu.. Hati aku hancur dan pedih bagai luka dibubuh garam.. terasa sampai ke setiap sendi-sendi, kadar adrenalin dalam aku bertambah membuatkan hati aku berdegup lagi kencang..terasa sempit salur pernafasan aku membayangkan betapa mesranya si dia dengan Iqram.. nampaknya aku tewas lagi.. aku langsung tak berguna. aku sia-siakan peluang yang ada selama ini meluahkan perasaan aku terhadap si dia.. Si dia dengan Iqram berjalan mendahului aku, seperti aku tidak wujud di situ.. aku sudah nekad..aku mahu pulang sahaja, biarlah mereka berduaan mesra.. aku meluru ke arah si dia dan menghulurkan hadiah kepadanya dan memberi alasan aku ingin pulang kerana banyak esaimen tidak siap lagi. si dia berat membiarkan aku pergi, Iqram pula mahu aku bersama dengan mereka lebih lama lagi.. tapi apakan daya, aku seperti tak diperlukan..aku tak mahu diperdaya dengan kata-kata manis..

Aku terus ke kaunter KTM untuk membeli tiket pulang.. aku hampa dan sedih.. aku teringat dalam hadiah tersebut aku telah sertakan sepucuk surat untuk si dia. di situlah aku meluahkan segala perasaan aku kepadanya..surat itu tertulis begini;

" Kepada Lisa,
hari ini genap 3 tahun usia persahabatan kita. Telah banyak kenangan yang telah kita lalui bersama di kala suka dan duka. Kita banyak berkongsi masalah dan kegembiraan..hati aku terpaut pada kau sejak dari mula kita bertemu. hati aku gembira di kala kehadiranmu dalam hidupku mewarnai segalanya. hari yang penuh bersejarah ini, aku ingin meluahkan perasaan aku pada kau Lisa. Aku mencintaimu. aku mencintaimu kini dan selamanya.

sahabat baikmu,"
*****

Aku tiba di destinasiku.. aku terus pulang menaiki teksi, membayar tambang, dan meluru ke bilik dan mandi.. hari ini adalah hari yang sangat malang bagiku.

Jam menunjukkan pukul 12.45 malam. seperti biasa aku akan stay up seketika untuk membaca novel.. tiba-tiba, buzz..buzz..buzzz..
aku terima mesej dari si dia. Aku seperti malas untuk membaca mesejnya..tapi kuatkan semangat.. tertulis dalam mesej itu," Salam, tadi tuh bukan my brother la tapi my cousin. takkan jeles kot. kitorang memang rapat dari kecik lagi". hatiku spontan melonjak kegembiraan.. ternyata skali apa yang ku fikirkan tidak betul.. haha aku tersenyum sendirian teringat akan kisah yang berlaku di Midvalley tadi..

buzz..buzz..buzz.. mesej dari si dia sampai lagi.. "I LOVE YOU TOO :)", aku terus menjerit YAHOO!! mengejutkan seluruh penghuni rumahku..hehe

akhirnya aku masih ada peluang menawan hati si dia..masih..

to be continue..

4 comments:

aRiDaN said...

sweeeet~
skrng masih??
hehehe

ahmad_nizam said...

masih ada peluang hehe~

sue-mai.al-musadda said...

nk tru nad,sweeetttnyeee..
bnda yg lg lm kte tunggu, lg kte hargai kn..

ahmad_nizam said...

sweet ek?
hee~

benda yang makin lama kita tunggu dan harap, lagi kta hargai..

btol..btol..btol